Kuala Lumpur.

YAP AH LOY BUKA KUALA LUMPUR ? INI #PEMBOHONGAN !

Dalam buku Sejarah Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur dibuka oleh pendatang Yap Ah Loy. Fakta sejarah ini amat pelik sekali. Dimana logiknya tanah di diami majoriti bangsa Melayu dibuka oleh pendatang dari China?
Naratif songsang ini telah diperjuangkan 董总 Dong Zong dan mereka mahu ia ditulis sebagai penting naratif sejarah Malaysia.

Lebih menarik lagi, MCA pula pernah berusaha membina sekolah yang dinamakan khas dengan nama “Yap Ah Loy”.
Begitulah perjuangan sebahagian kumpulan-kumpulan Cina mengangkat tokoh ini sebagai ikon negara.

Ironinya, mari kita teliti beberapa fakta penting tentang Yap Ah Loy menurut catitan sumber Inggeris :
✅ Yap Ah Loi monopoli penjualan Opium (dadah) dan hak eksklusif perjudian. (The Editor of Encyclopedia Britannica)
✅ Residen Davidson turut menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan HC Syers untuk membantu Yap Ah Loy menewaskan penentang-penentangnya di kawasan Hulu Langat. (The Increase Of British Political ‘Influence’ In Kuala Lumpur)
✅ Dia adalah ketua kongsi gelap Hai San. (The History of Yap Ah Loy, Kapitan Cina of Kuala Lumpur and Klang)

Ini semua adalah fakta yang telah disembunyikan kepada kita.
Untuk menguatkan lagi dakwaan ini, menurut pakar sejarah Malaysia Prof Dr Khoo Kay Kim :

🗣️ Yap Ah Loy Bukan Pengasas Kuala Lumpur (UKM, 2017)

Sampai bila sejarah negara kita mahu diselewengkan ? Tokoh pendatang disanjung tinggi, tokoh pejuang dibiarkan lenyap.

GPS
https://t.co/4HA3T4bnzT